Saturday, March 22, 2008

jumaat ketiga..

alhamdulillah ari ni masuk minggu ketiga paeh kat dubai..macm2 perasaan pengalaman yg paeh dapat..ari ni paeh rancang nak g pantai..pagi bangun kemas umah n masak..then kul 11 berjalan g masjid..kul 1.40tgh ari paeh samapai umah n bersiap untuk g pantai..lepak pantai.mandi kat pantai..best sgt2..air jernih and sejuk..ramai orng..lepas tu paeh g mandi kat swimming pool plak..besh gak..ptg tu balik mandi sembhyang n g makan kat tmpat paeh chating ari tu..sebab nak berinternet...nak update gambar2 paeh kat sini..then balik kul 10.30..balik mandi2 trus tido...hari yg pendek tapi penuh ngan aktiviti..esok nak berkerja semul..sebulan di dubai dah rasa mcm setahun..hope 3 tahun di dubai rasa mcm 3 bulan..jumpa suma bulan 8.kita gather ramai2...dont worry about me here.mak n abah plzz take care urself for me..jaga makan.jaga kesihatan n jangan berkerja keras..k salam syg dari DUBAI

20.3.08 day to remember....

assalamualaikum suma..pekaba?paeh sihat kat sini...baru start kerja tuk new week..need to wait 6 days more to holiday..sebenarnya nak ckp yg paeh seronok sgt2 dapat dgr suara suma org ari tu..ni first time paeh rasa jauhhhhhhhhh sgtttttttt22 ngan suma..nasib baik paeh kat cafe if paeh chat kat umah dah lama air mata jantan paeh jatuh..bila dpt dgr suara suma paeh rasa paeh ada kat situ je.tapi realiti x..hope we can chating again n hope i will c suma org nye face..rasa puas ada,rasa seronok ada,rasa sedih ada bila dpt dgr suara suma..if ada ape2 nak kongsi cite kat malaysia post la kat blog ni..leh paeh baca..xpuas main msg..nanti setiap seorng wajib antar satu post every week...n setiap hari jumaat kalau paeh xkerja kita chat mcm tu lagi..semua org wajib ada..gathering maya...huhuhuh..ingt tau paeh syg suma.sayang sampai kiamat..orait..yg lain Lu org PIkir la sendiri...k..salam sayang dari DUBAI..c ya...semekum

Wednesday, March 12, 2008

list untuk barang di bawa balik bulan 8

semekum suma...

harap org malaysia sihat2 belaka...berita terbaru kurang sedap degr sebab pembangkang dah pegang 5 negeri skrg..termasuk perak..sedih dgr cite tu kat sini..

ok..ari tu paeh dah survey kat deira tempat murah kat dubai..antara barang2 murah minyak wangi,jubah ada gak murah tapi bergantung pada kain,video cam, camera, handset, baju and handbag...benda2 yang details blum lagi survey..maybe next time.peape korang kasi list kat paeh..nanti paeh bawa masa balik bulan 8...hope suma suka..sape lambat rugi..huuuhu.offer tuk sekali je..hehehhe

gambar paeh untuk family...sape nak gk masuk la sini

www.photobucket.com

user name : familyku08
password : family07

sape2 nak tgk gambr paeh kat dubai leh la masuk website ni..hope suma leh hilang rindu kt paeh
senang2 post la peape dalam blog ni...k daaa

sonok sangat ari ni

semekum suma..pekaba malaysia..paeh ok ari ni..so far everything ok..ari ni suka sgt sebab dapat ckp ngan mak n abah..rasa dekat je skrg..tapi dapat ckp kejap je..8 minit..8minit mcm 8 saat je skrg...rindula kat mak n abha...hope mak n abh jaga makan suma n kesihatan...xsabar nak balik skrg..huhuuhu..k salam sayang dari dubai..

7 march 2008

Hari ni masuk hari ke sebelas faiz berada di tanah arab. Faiz rasa macam dah hampir setahun berada jauh dari Malaysia. Rindu sangat2 kat Malaysia. Rindu kat family. Rindu kat mak, abah, kak sue, abang man, kak ya, dura, otam dan won…rindu gak kat anak2 sedara..xleh nak kacau2 diorang lagi. Hari ni merupakan jumaat kedua faiz kat dubai. Macam dalam mimpi saje.baru last week terasa dah cuti.dan hari ni cuti lagi. Faiz harap nak ke bulan lapan ni jadi cepat..sebab x sabar nak berkongsi pengalaman faiz kat sini. Hari ni kami merancang tuk pergi safari desert. Salah satu aktiviti pelancongan terkenal kat Dubai/Negara arab. Bayaran hanya AED 140 bersamaan RM120. Faiz x tahu lagi berbaloi atau tak. Petang ni dalam pukul 2.30 ptg 2 biji kereta 4x4 datang amik kat labour camp kat jabel ali. Selepas sembahyang jumaat. Selepas dah bersiap dalam pukul 2.30 ptg kereta Toyota turbo dating amik kami. Kami pergi 13 orang sebab yang lain ada over time. So dalam perjalanan faiz rasa macam xsabar2 sebab kali pertama melancong di Negara orang. Dapat merasa tengok padang pasir plak tu..so rasa exiceted sangat2. Sepanjang perjalanan ke safari desert berpuluh2 gambar faiz amik tuk jadikan kenangan. Faiz akan upload gambar tu dalam blog ni nanti. Sepanjang perjalanan faiz Nampak bermacam2 projek baru nak membangun kat dubai. Yang paling latest litar F1 serta sport city. Memang besar gile. tapi faiz xheran pun.hahaha. lepas setengah jam perjalanan padang pasir dah mula menguasai perjalanan kami. Baru la tahu bertapa besar nya ciptaan Tuhan. Padang pasir dah macam lautan. Sebelum kami masuk jalan padang pasir kami singgah di Al- Ramool. Disini ada unta,keldai dan paling best motor 4 tayar, sukan paling popular kat Dubai. Bermacam2 jenis motor ada tapi yang 4 tayar. Untuk main selama 15 minit bayaran die AED75. So terpaksa lupakan sebab xberbaloi. So tangkap gambar sudah kat motor. Nanti faiz upload kan gambar. Minuman sini suma berkali2 ganda mahal. Air tin saja dah 4 dirham. Padahal harga biasa 1 dirham je. Ais krim kat kedai dura 80 sen tapi die jual 6 dirham. So xda benda nak beli kat sini. Hanya tangkap gambar je la dengan unta ngan keldai. Lepas je abis kat situ kami teruskan perjalanan. Selepas ni driver Pakistan ni bawa kami g jalan kat padang pasir. Best sangat-sangat sebab xpernah rasa bawak keta kat padang pasir. Perasaan macam naik roller coster je. Suma orang menjerit. Seronok sangat. Faiz ada tangkap video kalau bleh paeh upload kat sini nanti. Dekat sejam gak lalu padang pasir. Dua kali berhenti tangkap gambar. Stop pertama di tengah2 padang pasir. Baru dapat lihat seluruh di kelilingi padang pasir. Nasib kami baik sebab cuaca masih sejuk. 21 darjah celcius. Dapat bergambar kat padang pasir. Seronok hanya tuhan tahu. Faiz x sangka yang faiz ada di tengh2 padang pasir. Bila pegang pasir baru la terasa sangat2. Kalau suma family ada mesti best. Pasir sini suma halus2. Seronok gak dapat pengalaman mcm ni. Lepas dah journey kat atas padang pasir kami stop kat tempat di tuju. Tempat makan. Suma dalam package makan,minum,naik unta, suma free. First time naik unta. Dapat tangkap gambar naik unta. Beli gak gambar kat situ,kena AED30. Beli gak tuk kenangan nanti. Petang tu aktiviti tangkap gambar sebanyak mungkin. Huhuhuhuhuhu. Sementara tunggu makanan sampai berpuluh2 gambar kami tangkap. Ada gak pelancong dari Malaysia masa kat situ. Tapi majority orang local ngan orang putih. Faiz tunggu makanan die je. Tapi beratur punya la panjang nasib baik q awal. Leh dapat makanan awal. Makanan biasa je. Nasi beriani, roti arab, sayur, buah-buahan, dengan pasta. Yang special daging ayam panggang, daging kambing biri2,daging lembu dengan daging pe lagi satu xperasan plak. Ok la rasa nya. Xda yang best sangat. Tapi sebab lapar jadi sedap. Pukul 9 waktu dubai atau 1 pagi waktu Malaysia kami bertolak pulang. Rasa cepat je masa. Esok dah kena kerja balik. So pengalaman ari ni best gile. xdapat nak gambarkan. Berbaloi gak la AED 140 yang kena bayar.First time dapat merasa melancong di tempat orang. Rasa budaya orang. Rasa masakan orang. Alhamdulillah sebab faiz dapat peluang mcm ni. Esok dah start kerja balik. Peape faiz akan update kat dalam blog ni. Harap suma orang di Malaysia sihat2 dan ingat kat faiz selalu. Dan selamat mengundi.SALAM SAYANG DARI DUBAI, UAE…..

February 25, 2008

Assalamualaikum suma. Ini merupakan nukilan faiz yang pertama untuk faizonebigfamily blog ni. Faiz buat blog ni khas tuk keluarga yang faiz sayang kat Malaysia. Untuk nak hilang kan rindu kat suma. Faiz rasa faiz patut buat blog ni sebab suma orang leh antar peape kat dalam blog ni. Nak antar salam sayang ke, gambar ke video ke. Suma leh upload kat sini. Nanti faiz akan bagi direction macam mana nak antar blog kat sini. Blog ni pun bukan faiz yang buat. Kawan faiz yang datang kat airport ari tu yang buat. Kat sini blum terurus masa ngan tempat tinggal. So diharap dengan blog ni kita dapat berutusan secara daily or weekly. Suma tulis je pe yang nak. Xkisah. At least faiz dapat baca kat sini. Untuk permulaan faiz akan citekan pengalaman faiz selepas menjejakan kaki kat Negara orang. Bermacam2 perasaan yang faiz rasa kat sini, bangga pun ada, sedey pun ada, seronok pun ada, nak nangis pun ada, rindu kat suma, dan bila duk jauh rasa sayang makin bertambah kat suma orang. Terasa rindu plak masa2 yang lepas. Tapi faiz harap suma x sedih sebab faiz g 3 tahun dan every 6 month faiz balik Malaysia. N every day kita leh msg kat sini xpun kat telepon. Dup dup dup dah 6 bulan..sekejap je. So doakan faiz Berjaya kat sini dan balik dengan satu perubahan besar. Amin… ok faiz start dengan first day before fly ke dubai. Masa suma berkumpul kat Shah Alam. Seedy gak coz otam xdapat join skali tapi otam pun ada mission dia gak. So kena tunggu bulan lapan dapat jumpa die balik. Hope die lepas exam die kat ipoh. Last day before fly faiz x rasa ape2 lagi sebab rasa mcm xpercaya benda ni jadi. Start tengah ari ari tu baru rasa seedy bila tukar duit USD kat shah alam. Masa tu baru terasa nak pergi jauh. Faiz cuba spend masa sepuas2 nya ngan suma orang tapi still xrasa puas lagi. Rasa macam ada something yang tertinggal. Rasa 2 hari kat shah alam xckup. Tapi lepas suma dah bersiap nak hantar faiz ke airport baru la terasa sedh sgt2 sebab masa tu baru terasa nak pergi jauh sangat2. Sebelum ni paling jauh pun KL je. Itupun dah rasa jauh tapi ini ke Negara luar. Lagi la jauh. Masa kat kl x balik pun rasa ok lagi sebab tahu leh balik nanti tapi bila kat dubai memang xdapat balik sesuka ati. Itu yang terasa sangat. Masa dah sampai ke KLIA rasa suma benda serabut. Macam2 pikir masa tu. Terasa masa tu terlalu cepat je. Skrg hanya gambar je yang faiz dapat tgk masa tu. Nasib baik ada gambar kita suma kat faiz. Waktu tu faiz nak ucapkan terima kasih kat suma orang sebab hantar faiz sampai last. Even kya kata nak balik awal tapi k.ya tunggu sampai last. Sebelum tu sedih gak sebab tahu suma xleh antar sampai abis. Tapi Alhamdulillah dapat peluk suma orang masa tu. Seronok sangat bila tgk kita semua dapat gather ramai2. Even otam xda tapi rasa mcm die ada ngan kita je masa tu. Sekarang xleh nak gather lagi sebab faiz kat dubai. Kena tunggu faiz la plak lepas ni. Waktu nak masuk balai berlepas baru faiz terasa kita suma kena berpisah jauh. Waktu tu hanya tuhan je tahu betapa sedihnya faiz rasa. Sebab faiz xtahu ape yg akan jadi ke esokan ari nye. Dan mcm mana nak hidup tanpa family dekt ngan faiz. Itu yg faiz fikir masa tu.
Mak thanx sebab banyak membantu faiz sebelum faiz g Dubai even faiz malas nak fikir tapi mak yang uruskan banyak benda tuk faiz.
Abah thanx sebab selama ni byak membantu dari segi semangat dan yang paling penting kewangan faiz masa faiz blaja dulu. Kalau faiz dapat bagi duit kat abah balik pun blum tentu leh balas segala2nya.
Dan faiz akan buat yang terbaik tuk mak n abah. Faiz akan buat segala2nya tuk mak n abah bangga dengan faiz. Faiz akan lakukan yang terbaik untuk keluarga. faiz sedar faiz xpandai nak tunjuk kan sayang faiz kat mak ngn abah Cuma faiz nak mak n abah tahu yang faiz sayang kat mak n abah sangat2. Even faiz xpenah ucap tapi dalam hati ni hanya tuhan je tahu betapa sayang nya faiz kat mak n abah. Kepada yang lain faiz sayang kat suma. Kak sue, abang man, kak ya, kak wa, otam n won. Faiz xreti nak tunjuk kan sayang kay suma tapi faiz hanya ada korang je kat dunia ni. Faiz harap kita suma akan bertambah rapat selpas ni. Even faiz bukan adik or abang yang terbaik tapi faiz akan buat yang terbaik kepada suma. K love ya from dubai

Saturday, March 8, 2008

semekum suma..

i create this blog for less my miss n love to all my family...