Wednesday, March 12, 2008

February 25, 2008

Assalamualaikum suma. Ini merupakan nukilan faiz yang pertama untuk faizonebigfamily blog ni. Faiz buat blog ni khas tuk keluarga yang faiz sayang kat Malaysia. Untuk nak hilang kan rindu kat suma. Faiz rasa faiz patut buat blog ni sebab suma orang leh antar peape kat dalam blog ni. Nak antar salam sayang ke, gambar ke video ke. Suma leh upload kat sini. Nanti faiz akan bagi direction macam mana nak antar blog kat sini. Blog ni pun bukan faiz yang buat. Kawan faiz yang datang kat airport ari tu yang buat. Kat sini blum terurus masa ngan tempat tinggal. So diharap dengan blog ni kita dapat berutusan secara daily or weekly. Suma tulis je pe yang nak. Xkisah. At least faiz dapat baca kat sini. Untuk permulaan faiz akan citekan pengalaman faiz selepas menjejakan kaki kat Negara orang. Bermacam2 perasaan yang faiz rasa kat sini, bangga pun ada, sedey pun ada, seronok pun ada, nak nangis pun ada, rindu kat suma, dan bila duk jauh rasa sayang makin bertambah kat suma orang. Terasa rindu plak masa2 yang lepas. Tapi faiz harap suma x sedih sebab faiz g 3 tahun dan every 6 month faiz balik Malaysia. N every day kita leh msg kat sini xpun kat telepon. Dup dup dup dah 6 bulan..sekejap je. So doakan faiz Berjaya kat sini dan balik dengan satu perubahan besar. Amin… ok faiz start dengan first day before fly ke dubai. Masa suma berkumpul kat Shah Alam. Seedy gak coz otam xdapat join skali tapi otam pun ada mission dia gak. So kena tunggu bulan lapan dapat jumpa die balik. Hope die lepas exam die kat ipoh. Last day before fly faiz x rasa ape2 lagi sebab rasa mcm xpercaya benda ni jadi. Start tengah ari ari tu baru rasa seedy bila tukar duit USD kat shah alam. Masa tu baru terasa nak pergi jauh. Faiz cuba spend masa sepuas2 nya ngan suma orang tapi still xrasa puas lagi. Rasa macam ada something yang tertinggal. Rasa 2 hari kat shah alam xckup. Tapi lepas suma dah bersiap nak hantar faiz ke airport baru la terasa sedh sgt2 sebab masa tu baru terasa nak pergi jauh sangat2. Sebelum ni paling jauh pun KL je. Itupun dah rasa jauh tapi ini ke Negara luar. Lagi la jauh. Masa kat kl x balik pun rasa ok lagi sebab tahu leh balik nanti tapi bila kat dubai memang xdapat balik sesuka ati. Itu yang terasa sangat. Masa dah sampai ke KLIA rasa suma benda serabut. Macam2 pikir masa tu. Terasa masa tu terlalu cepat je. Skrg hanya gambar je yang faiz dapat tgk masa tu. Nasib baik ada gambar kita suma kat faiz. Waktu tu faiz nak ucapkan terima kasih kat suma orang sebab hantar faiz sampai last. Even kya kata nak balik awal tapi k.ya tunggu sampai last. Sebelum tu sedih gak sebab tahu suma xleh antar sampai abis. Tapi Alhamdulillah dapat peluk suma orang masa tu. Seronok sangat bila tgk kita semua dapat gather ramai2. Even otam xda tapi rasa mcm die ada ngan kita je masa tu. Sekarang xleh nak gather lagi sebab faiz kat dubai. Kena tunggu faiz la plak lepas ni. Waktu nak masuk balai berlepas baru faiz terasa kita suma kena berpisah jauh. Waktu tu hanya tuhan je tahu betapa sedihnya faiz rasa. Sebab faiz xtahu ape yg akan jadi ke esokan ari nye. Dan mcm mana nak hidup tanpa family dekt ngan faiz. Itu yg faiz fikir masa tu.
Mak thanx sebab banyak membantu faiz sebelum faiz g Dubai even faiz malas nak fikir tapi mak yang uruskan banyak benda tuk faiz.
Abah thanx sebab selama ni byak membantu dari segi semangat dan yang paling penting kewangan faiz masa faiz blaja dulu. Kalau faiz dapat bagi duit kat abah balik pun blum tentu leh balas segala2nya.
Dan faiz akan buat yang terbaik tuk mak n abah. Faiz akan buat segala2nya tuk mak n abah bangga dengan faiz. Faiz akan lakukan yang terbaik untuk keluarga. faiz sedar faiz xpandai nak tunjuk kan sayang faiz kat mak ngn abah Cuma faiz nak mak n abah tahu yang faiz sayang kat mak n abah sangat2. Even faiz xpenah ucap tapi dalam hati ni hanya tuhan je tahu betapa sayang nya faiz kat mak n abah. Kepada yang lain faiz sayang kat suma. Kak sue, abang man, kak ya, kak wa, otam n won. Faiz xreti nak tunjuk kan sayang kay suma tapi faiz hanya ada korang je kat dunia ni. Faiz harap kita suma akan bertambah rapat selpas ni. Even faiz bukan adik or abang yang terbaik tapi faiz akan buat yang terbaik kepada suma. K love ya from dubai

No comments: