Sunday, May 4, 2008
5.5.2008.
asalamualaikum faiz.mak ni saje nak tanya faiz, barang-barang yang faiz suruh bagi kawan faiz tu nak masuk dalam satu bag asing atau tidak, sebab kalau masuk dalam bag dia takut barang dia pula tak muat.faiz tanyalah dia. tak sedap pula kalau mengurangkan muatan barang dia . kalau masuk asing bayar sikit apa salahnya. apepe pun faiz bagitaulah. dia datang rumah ambil barang tuke atau mak gi antar. kalau faiz balik bulan lapan nanti faiz bawa bag besar tak payah bawa baju atau apepe sebab baju faiz kat sini pun banyak. jadi bila balik sana nanti dapatlah faiz bawa makanan dari sini banyak-banyak. bolih beli ration sampai enam bulan punya.bulan ni dah masuk bulan ketiga maknanya ada tiga bulan lagi . tak sabar rasanya.apepe pun faiz jaga diri , jaga kesihatan dan rajin sembahyang. musim panas ni banyak-banyak minum air kosong dan sapu krim badan dan muka, supaya badan tak kering. ok lah setakat ni dulu asalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment