Saturday, June 7, 2008
asalaMUALAIKUM FAIZ . LAMA SUNGGUH MAK TAK TULIS KAT BLOG NI. faiz sekarang ni tentu sebuk sangat. apa bolih buat dah kerja. paeh bersabar saje. apapun dia bolih menyebabkan faiz leka. sedar2 dah sampai bulan lapan.sekaraNG NI KAT MALAYSIA sedang sebuk tentang kenaikan harga minyak. nampaknya serba serbi nak naik . kesian orang yang berpendapatan sederhana.pergi ke taiping pergi balik 100 lebih campur tol. abah isi minyak penuh tangki 150rm . dulu 100rm je.berat2. abah kata lepas ni kalau nak pergi pekan kena naik moto je.......lepas ni perbelajaan ru,mah betul2 kena baget tak bolih ada pembaziran lagi .benda tak mustahak tak payah beli.... di dubai mungkin tak ada masaalah kenaikan harga minyak kot. sebab dia orang pengeluar minyak. faiz pun kena berjimat juga.nanti sampai malaysia nanti nilai duit mungkin makin kecil sebab harga barang melambung. ini sebenarnya bala dari Allah kerana manuasia banyak sangat buat kerosakan dimuka bumi. faiz misti sentiasa ingat Allah, jangan tinggal sembahyang, rajin baca Quran dan banyak berdoa yang baik kepada Allah..... mak , abah sekeluarga sumanya sihat2 saje. mak harap faiz pun sihat. jaga diri baik2. faiz dah mula ke masak resepi yang mak bagi tu..... abah pesan kalau hujung minggu , bila faiz berkumpul dengan kawan2 tu jaga2 le barang dan duit faiz. ingat apa yang terjadi di kajang dulu. hilang duit dan lattop..... sekarang ni bapa abang asrol ada disini dihospital. dia sakit teruk juga kanser hati jadi kak ya pun sibuk le sebab family abang asrol ada dirumah nya. mungkin hari ni bapa abang asrol akan dibawa ke rumah kak ya, kerana kemungkinan hospital tak dapat buat apape sebab kanser tu dah makin membesar dihati yang besar. kesian abang asrol sedeh je.mungkin gathering nanti kalau bapa abang asrol tak baik lagi kak ya mungkin tak dapat sama kita di kl...... okey la faiz kalau faiz dah mula nak pergi shopping nanti faiz bagitaulah supaya mak bolih tulis semula pesanan mak.apepe pun faiz sentiasa jaga diri. mak doakan yang terbaik buat faiz. amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment