Tuesday, April 15, 2008
16.4.2008.
Hari ni sedar tak sedar dah masuk separuh bulan april. cepatnya masa tapi kalau dalam penantian terasa masa berjalan macam kura-kura. hari ni mak saja-saja buka blog, tengok ada cerita faiz dan abang manjuga. eeee seronoknya. sekarang ni boleh lah paeh menilis bila-bila masa paeh naK , Cuma jangan malas je. masa ni rasanya paeh belum bangun lagi gak nya. takpe le. tidor lah nyenyak-nyenyak jangan sampai tinggal sembahyang sudah lah.mak suma dah makan. buat beefteak telor dan roti je. makanan orang malas tapi alhamdullillah ,orang lain entah takada makanan langsung. paeh pun agaknya tak dapat makan lagi. kalau paeh bangun cepat dapatlah buat bekal. kadang-kadang makanan yang kita buat sendiri lebih sedap.oh ya tentang tarikh lahir tu diaorang belum bagi jadi mak tak dapat tulis. hari jadi anak-anak adalah.kita rang rancang bulan lapan ni nak gather dan beri hadiah hari jadi. hadiah kecil-kecil pun takpe asalkan ada.Adi sekarang ni dah menjadikan paeh pula idolanya. rambut nak buat macam pakcik paeh dan cita-cita bila besar nak kerja kat Dubai. ok lah paeh ,setakat ini dulu mak nak kemas rumah.asalamualaikum. sayang paeh sampai kiamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment