Tuesday, April 15, 2008

asalamualaikum faiz, apa kabar?mak harap aiz sehat. mungkin faiz sekarang tengah banyak kerja. tak apalah faiz ,sekurang-kurangnya ia dapat melalikan paeh dalam menunggu masa untuk balik kesini. pejam celik pejam celik dah sampai masa untuk berangkat balik ke malaysia . eeee seronoknya. nanti sampai disini bolihlah paeh makan apa saja yang paeh teringgin. ikan, udang ,ketam dan macam-macam lagi.tapi masa dua minggu tu sekejap saja ,apa bolih buat dapat hilang rindu sekejap jadilah. abang man kata paeh nak sambung kerja lagi empat tahun diluar negeri.bila mak dan abah dengar tu rasa nak tercekik kerana masa tu mak dan abah dan semakin tua.sayunya.sekarnang ni abang man sibuk sangat. nak jumpa pun payah , kadang-kadang sampai seminggu tak berjumpa. tapi nak buat cam mana abang man nak mencari rezeki.ALLAH masih belum memberi rezeki yang merimpah ruah padanya. masih banyak diselubungi hutang.mak hanya dapat berdoa semoga satu hari nanti abang man akan berjaya dan dia diberi kekuatan untuk menghadapi cubaan ini.tak lama lagi abang tam pula akan pergi bekerja ketempat lain,sayu hati mak tapi macam mana ini lah putaran kehidupan.sekejap bersama sekejap pergi.kalau mak kenangkan semuanya maknanya airmata mak tak akan berhenti-henti tapi bersabar saja.kehidupan ini seperti putaran roda.dulu mak n abah muda dan anak-anak kecil-kecil sentiasa didepan mata. tapi sekarang anak-anak pula muda dan tapi berjauhan danmakn abah pula semakin menuju senja. paeh jaga lah diri paeh dan pandai-pandailah paeh berjimat cermat dan menguruskan kehidupan. mak hanya dapat mendoakan dan merestukan setiap perjalanan hidup. semoga paeh sentiasa dalam perlindungan ALLAH amin. ok lah paeh ,setakat ini dulu sehingga berjumpa dimaya lagi salam sejahtera untuk paeh dan abah kirim salam. bye.

No comments: