Saturday, April 26, 2008

28.4.2008.

Asalamualaikum Faiz. Apakabar , sihat ke ? Mak harap Faiz sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera diberi Allah. Amin.Hari ni badan mak dah sihat seperti biasa. dekat dua minggu mak tak sihat. Rumah pun lintang pukang . Makanan pun beli dari kedai je. Tak sedap tapi terima saje le.Mak hampir setiap malam asyik impikan Faiz saje. Mungkin mak rindu sangat kan Faiz dan kesian tenguk Faiz terpaksa menghadapi masaalh duit tu. Baru ni mak ada tenguk sstu cerita dalam astro. Dia pergi keParis berlaku sedikit kesilapan, punya lah susah nya dia menyelesaikan masaalah nya. Jadi natijahnya bila kita berada di negeri orang kita kena sentiasa berhati-hati. Tak bolih tersilap langsung kerana nak menyelesaikan nya sikit punya susah.seperkI Apa yang berlaku pada Faiz ni, itu yang mak kesian tu.Kawan -kawan Faiz ada nak minta ganti duit ke? sepatutnya ini bukan salah faiz.Sekarang ni sama-sama rugi.Kalau lah mereka minta juga sebulan dua ni Faiz tak payah lah bagi mak abah duit Faiz bayar duit ptptn dan duit minima kad kredit kak ya je.Mak n abah sebenarnya tak berapa berduit sebab duit projek ababg man tu langsung tak dapat lagi , tapi macam mana pun mak usahakan cari duit seribu yang faiz kata tu.Apapun kena tunggu bank buka juga kerana abah bukan ada kad . Mak ada kad tapi duit takada. adalah seratus dua.faiz beransurlah bayar.Apa nak buat Tuhan nak ber kita ujian mungkin dia akan memberi lebih lagi mana kita tau. Lepas ni bila nak masuk duit masuk duit sendiri saje.Dan selepas ni Faiz beri mak abah sikit saje cukuplah tak payah banyak-banyak sebabm ak dah kira faiz cuma dapat simpan sikit saje. Tak sampai Rm 2500 .Nanti tak berbaloi faiz bekerja jauh.Bagi mak bukan masaalah duit yang utama. Yang penting budi bahasa faiz pada mak dan abah dan rasa kasih sayang faiz pada mak dan abah. Mak n abah dah tua. Tiada yang lebih berharga bagi seorang ibu atau bapa melainkan adalah kasih sayang yang ikhlas dari anak mereka.Ibubapa dapat mengetahui ikhlas atau tidak anak- anak.Keikhlasan tidak menjadikan anak merasa susah melayan kerenah ibubapa dan disinilah ganjaran yang amat besar yang akan diterima olih anak samaada didunia atau akhirat.Mak sangat sayangkan faiz dan faiz anak yang baik jadi mak mahu faiz menjadi anak yang benar baik dan dari dunia sampai akhirat.Sebab itu mak selalu nasihatkan faiz.Kalau faiz senang atau susah faiz kena sentiasa berri kasih sayang pada mak n abah .cakap lemah lembut dan sabar menghadapi segala kerenah makabah. setiap kali mak beri nasihat adalh semata untuk krbaikan faiz , kerana faiz masih muda terlalu banyak lagi cubaan akan jumpa dalam kehidupan. Dan kal;au faiz dan beristeri faiz kena pandai mendidik isteri supaya mereka menjadikan faiz anak dan suami yang solih. sentiasa bimbing diri dan keluarga dalam ibadah mak hendak sangat mendapat anak lelaki yang benar-benar solih. taat pada Allah dan sentiasa berpegang pada tali Allah sama ada susah atau pun senang. Kerana anak yang begini lah saja yang dapat menolong makabah bila kami dah takada.Ramai kawan-kawan mak dan abah yang umurnya sebaya makabah dah pergi kepada Allah.Jadi faiz misti ingat apa yang mak cakap ni adalah merupakan pesanan dan wasiat buat faiz . Ini je harta yanhg dapat mak tinggalkan untuk faiz. Mak selalu berdoa supaya mak ni menjadi ibu yang sentiasa makbul doa nya untuk anak-anak. Kalau diizinkan Allah biarlah setelah semua anak-anak mak berjaya barulah Tuhan mengambil nyawa mak n abah, kerana walaupun mak tak ada harta tetapi mak masih ada doa yang bolih mak pohonkan untuk anak-anak.ok lah faiz faiz janganlah jemu baca tulisan mak ni semoga faiz berbahgia selalu dan dilindungi Allah dan mendapat rahmatnya.Amin. Wasalam.

No comments: