Wednesday, April 16, 2008

17.4.2008, khamis.

asalamualaikum faiz. sejak faiz g Dubai mak seronok sangat kalau sampai hari khamis kerana dah dekat hari jumaat. dapat sembang-sembang sikit. pagi tadi mak g bank cek duit faiz tapi masih bekum ada, faiz kata dah masuk . mungkin belum sampai teluk intan. mak dah baca idea faiz tu , rasanya abah pun pernah cadang idea tu . memang baik tapi mak belum tanya pendapat suma orang lagi.bagi mak dia sangat-sangat okey. tapi tak taulah yang lain-lain, kerana rambut sama hitam idea belum tentu sama. apapun mak harap diaorang akan setuju. ini untuk kebaikan.lagipun RM50 tu adalah sangat menasabah kalau nak lebeh lagi baik.mak ni sedang buat kerja rumah ,tiba-tiba teringat nak tengok blogs dan tulis sikit untuk paiz.alhamdullilah adanya teknologi begini. dapat rasa dekat walaupun kenyataan nya jauh. apaape pun faiz jaga diri. sikit lagi mak nak g cek duit faiz.harap-harap adalah.kalau ada mak terpaksa keluar duit dua kali kerana dia bolih keluar 5000 saja.okey lah faiz, nanti mak tulis lagi banyak nak sembang ngan faiz lagi.wasalam.

No comments: