Sunday, April 13, 2008
hello faiz, mak sekeluarga disini sihat-sihat saja. hari ini hari minggu jadi semua nya melepak-lepak saja.konon relak lah. tadi semua cucu-cucu ada dirumah ,faiz dapat bayangkang macammana gegak gempitanya mereka . dari malam tadi dah diaorang berkampung ,punyalah kepohnya, masing-masing bersembang macam nak rak sampai tengah malam. subuh pukul enam pagi dah sambung perbincangan.mak biarkan saja. sekarang ni dah tinggal anak-anak kak su saja. jadi kurang lah sikit riuhnya. tadi mak tertidur kerana sakit kepala, tiba mak rasa macam ada sebuah kereta merah hitam masuk kawasan rum ah sampai dekat dapur. mak intai, ada seorang budak muda keluar, rambutnya panjang sikit. mak pun perhati betul kerana tak cam ,rupa-rupanya faiz. menjerit mak seronok , mak kata macammana faiz bolih balik naik kereta. faiz gelak-gelak faiz kata pinjam kereta kawan. faiz dekat riba.mak terkejut, rupa-rupanya mak mimpi. itulah corat coret hari ini. bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment