Thursday, April 17, 2008

18.4.2008.

asalamualaikum faiz. apakabar sihat ke? rasamacam dah lama tak berhubung dengan faiz.mak abah disini sihat walafiat begitu juga yabg lain. alhamdullillah amin.pagi tadi mak pergi lagi ke bank cek duit tapi takada. semalam abah adajumpa cikgu buridah. dia cakap arif tak bagitau apaape pun .abah dah segan sebab dulu abah ada beritau dia yang duit ada arif bagi melalui akaun mak. tentu dia heran sebab sampai sekarang abah tak serah-serah pada dia. jadi ceritalah pada dia keadaan yang sebenarnya.mak harap-harap sangat duit tu selamat kerana ada duit orang lain. peristiwa ni benar-benar beri pengajaran pada kita semua supaya kita sentiasa berhati. mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu.lepas ni abah kata gunakan hkidmat bank saja, kerana melalui bank kita dapat kesan samaada akaun kita tu betul atau tidak. kalau kita tersilap pun kita bolih tau awal. biarlah rugi sikit asal selamat, dan lepas ini biar masing-masing masuk duit sendiri-sendiri. faiz macammana keadaan kerja faiz sekarang. mak harap okey. mak sentiasa doakan paez benar-benar berjaya. faiz fikirlah yang paling terbaik untuk faiz . apa-apa faiz nak buat faiz bermunajat selalu kepada ALLAH.Dia sentiasa akan menolong hambanya jika kita sentiasa dekat padanya. Yang penting niat kita biar kerana Allah.Mak nak ingatkan faiz, bila faiz dah berjaya dan ada banyak duit faiz jangan sombong baik dalam bentuk perbuatan atau kata-kata.,kerana apa yang kita dapat bukan kerana kita tetapi kerana kasih sayang Allah.Jangan suka menghina orang , kalau orang susah tolong dengan ikhlas jangan berlagak . TUHAN akan memberi atau menarik sesuatu pemberiannya bila-bila masa saja. Jangan masa susah je ingat Allah ,bila senang langsung lupa padanya.Ingtlah faiz setiap kejayaan seorang anak itu adalah atas keredaan ibubapa.Buat baik kepada ibubapa seikhlas-ikhlasnya insyaallah hidup akan berkat selamanya. walaupun kadang-kadang ibubapa tu kadang-kadang menjengkilkan hati kita tapi kita kena bersabar dan sentiasa berbuat baik pada mereka. kalau ada adik beradik yang susah kalau bolih kita bantu,bantulah dengan ikhlas.isyaallah balasan Allah adalah kebahgiaan untukl kita.disamping kita berusaha mencari kebahagiaan didunia kita cuba cari juga bekalan untuk kerana itu lah yang kekal abadi. maaflah faiz mak menulis melalut-lalut tapi entah kenapa sehari dua ini hati mak rasa sayu.faiz anak yang baik ,jadi mak hendah faiz sentiasa jadi anak yang baik dan solih.Mak doakan semua anak-anak akan jadi anak yang solih.okey. wasaalam.

No comments: