assalamualaikum...
nampaknya lepas kak ya first start menulis blog ni, nampaknya orang lain pun dah ikut sama. tulah, memang kena ada orang yang jadi perintis, agaknya, kalau kakya tak promote2 depa ni tulih, alamat nya sayu jelah blog ni. haaa, la ni.... tengoknya, meriah bebbbbbbbbbbbbbb..... so, lama gak orang tak menulih ni. biasalah, kat bilik pejabat, waktu rehat. kunci semua pintu n tingkap, then tup, tup, tup.. menulih le kerojenye. apa nak cerita. dunia ku berputar setiap hari serupa saje. sibuk manjang. nak bawa balik kerja kat umah tak boleh, awang n minah kat umah tu kacau habih. cuma bagusnya hidup ni, tak ler penuh siksa, alhamdulillah, rezeki masih melimpah-limpah. mungkin berkat agaknya. kakya cuma nak nasihat satu je, kita jgn sesekali jadi orang yang kedekut. terutama pada ahli2 keluarga tapi tak juga bermaksud pemurah sampai kita pun jadi sengkek. kita kena ingat duit tak bawa ke mati. duit juga tak boleh beranak pinak. kalau kita simpan je duit, takut nak sedekah sedekah, duit tu bukan akan bertambah banyak, tapi habis tak tau ke mana. tapi jangan juga jadi boros. ni ada duit RM500 belanja macam ada RM750. kalau cam tu mana cukup bebbbbbbbbb. so, kalau rasa2 nak belanja kitorang kat sini, dialu-alukanler...hehehehehehe.
kakya sebenarnya tumpang gembira kalau faeh gembira kat sana. jauh di mata, dekat di hati. kami kat sini pun, walaupun duduk dekat bukan hari2 dapat jumpa. sibuk semuanya. tapi tiap2 minggu tu jadikanlah amalan menjengok mak n abah. bila lagi kan...... dulu masa duduk kedah, alahai, jauhnya rasa, tapi sesetengah orang tak menghargai peluang dapat duduk dekat ngan parent depa. sebulan sekali pun belum tentu menjenguk. tapi adik beradik kita tak lah macam tu. alhamdulillah.
nak senarai birthday ha,
Abang Asrol the hensem man - 4hh Julai 1977
Kak Ya the lucky one - 13hb Januari 1978
Zahin the Lorry boy - 27hb September 2005
Zulaikha the nyam nyam baby - 29hb Jun 2007
Ok, kalau dah sampai tarikh nye, jangan wish jer, hulur2 ler present, hahahahahah
itu je, nak pi solat dulu. tadi perut kenyang sangat sekarang dah ok. boleh semayang...
paeh jgn lupa semayang kay....
Adios, lu pikir la sendiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........ (versi amy, bukan nabil)
chowssssssssss
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment