Wednesday, April 23, 2008

23.4.2008.

asalamualaikum faiz. mak dah baca blog faiz. petang tadi mak dah g cek duit tapi still tak ada.mak terrpaksa tunggu surat faiz baru bolih mak nak pergi tanya kat bank. dulu mak dah pegi tanya kat bank dia kata mereka hanya menerima duit kalau ada apaapa masalah mereka tak tau lagipun masa tu mak tak ada apepe maklumat.faiz cuba e-mail kan dulu surat faiz tu ataupun faiz cuba fax kan. kalau saiz nya besar sangat faiz cuba guntng sikit ataupun faiz cuba beri apaapa butir dalam blog ni.mak dah baca yasin dan akan buat sembahyang hajat supaya duit tu selamat. kita berserah lah pada Allah. kalau tuhan kata masih ada rezeki kita akan dapat.kita dah berikhtiar tapi masih belum ada hasil.kawan faiz yang punya duit tu kata apa. benda ni bukan lagi salah kita. Tuhan nak uji kita . faiz kena banyak bersabar mungkin ada hikmah yang kita tak nampak. apape pun mak harap insyaallah besuk duit tu ada. faiz pun buat lah sembahyang hajat minta duit tu selamat. besuk faiz nak g Oman pukul berapa?lepas ni faiz masuk duit terus melalui bank. dia tak transit mana-mana.kalau faiz guna bank hsbc di Dubai faiz gunakan code yang ada mak tulis tu. kalau bank lain dia ada kod lain pula. apape pun faiz tanya lah orang bank tu, dan faiz cek sekali no. akaun dan nama mak sekali. lepas ni kalau faiz nak bagi mak duit ikut nilai duit Dubai je lah . kalau faiz bagi 1500 duit Dubai cukuplah ,tak payah nak cukupkan nilai 1500RM malaysia, asalkan cukup bayar duit bayaran minima kad kredit kak ya dan duit ptptn sudahlah.sekarang ni duit malaysia dah makin naik. faiz niat nak bagi mak n abah pun dah syukur alhamdullah. yang paling penting faiz sentiasa ingat dan hormatkan mak n abah, kerana itu wajib bagi faiz. mak n abah sentiasa doakan yang terbaik buat faiz.wasalam.

No comments: