asalamualaikum Faeh ,
Apa khabar ?hari ini mak pergi pekan beli pisang untuk hantar mesjid sebagaimana yang paeh pesan.Cuaca disini mendung saje macam nak hujan., tiap-tiap hari hujan.Kalau nak buat apa-apa misti rancang dari pagi.Faeh tentu rasanya rindu hujan tapi tak taulah mungkin disana selalu hujan. Mak ni membayangkan Dubai ni macam kat Mekah.DiMekah hujan merupakan nikmat kepada penduduknya kerana hujan disana berlaku berbulan-bulan sekali.Dalam suasana mendung ni mak tringat kat Faeh,teringat kat apa yang faeh tulis dalam blok semalam.Sebenarnya faeh apa yang berlaku dalam hidup kita adalah sesuatu yang dijadikan Allah untuk mengguji kita atau untuk memelihara kita dari mrnjadi alpa kerana Allah sangat sayangkan kita.Kalau ia menjadikan segala-galanya terbaik mungkin kita akan menjadi sombong dan bongkak kerana kita menjangka kita saja hebat dan terbaik.Setiap yang baik atau buruk adalah ujian Allah dan kita kena sentiasa bersyukur. Faeh harus ingat bahawa bagi seprang ibu atau bapa anak adalah anugerah yang sangat disayangi kerana ia pemberian Allah tidak kira ia buruk ke kaya ke cantik, atau jahat sekalipun.Sebab itu ibubapa akan sentiasa sayang dan ambil berat akan anaknya walaupun anaknya dah besar panjang kerana ia sentiasa merasa anak itu masih kecil sehingga saat kematiannya barulah ia tidak lagi berfikir untuk anaknya.Tapi selalunya terbalik bagi sianak, apabila ia telah besar tambah-tambah dah berjawatan tinggi,ada isteri yang cantik atau suami mula mereka merasakan ibu dah tak berapa berguna dan kadang-kadang merimaskan dan membosankan serta menyibuk. Inilah perasaan yang sering dialami olih ibu bapa yang telah tua, kadang-kadang ibubapa bercakap anak-anak buat tak peduli dengan pandangan yang menyampah.Sedih sangat-sangat.Sekarang faeh dapat merasakan betapa rindunya faeh pada mak dan abah.waalaumacamanapun faeh , mak dan abah masih hidupdan dapat berhubung dengan faeh.
Mak dan abah sangat sayangkan faeh walaubagaimanapun keadaan faeh. Begitu juga pada anak-anak yang lain .tak taulah nak diterangkan bagaimana.Dalam hati mak sentiasa doakan semua anak-anak berjaya dan selamat.Oklah faeh, setakat ini lah dulu. Mak seronok sangat dapat menulis pada faeh sekurang-kurangnya terubat rindu. Asalamualaikum.
Wednesday, April 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment