Friday, April 11, 2008

asalamualaikum faiz, faiz dah bangun ke belum rasanya belum lagi. mak semalam rasa puas sangat dapat bercakap dengan faiz. jelas dan terang, tapi rasa semakin rindu . tak sabar nak tunggu faiz balik.tapi mak n abah sedeh kerana komputer tu buat hal lagi jadi mak tak dapat nak ucap selamat berpisah kat faiz. rasa ternampak-nampak faiz menunggu mak n abah untuk berbual lagi. kesian faiz.sampai dalam tidur mak teringat-ingat kan faiz.lain kali kita cakap dua jam lebih sikit saja kalau komputer buat hal lepas tu kita cit cat biasa saja takadalah rasa penat sangat. kalau komputer elok bolehlah kita cakap panjang-panjang.tadi abah dan otam pegi tempat pomen untuk baik kereta otam sebab kereta otam teruk sangat lepas tu mungkin nak booking makan malam nanti. kalau ada faiz tentu seronok. semua orang asyik ingat faiz saja terutama lawak jenaka faiz. betl kata orang tua dekat bau tai jauh bau bunga .faiz pun dapat dekat sangat dengan mak dan abah ni sementara faiz belum kahwin saja. nanti dah kawin mungkin tak berapa dapat. mak pun faham. sebab itu bila anak dah rasa nak kahwin maknanya mak n abah akan mula rasa kehilangan anak tapi apa nak buat. mak rasa bila anak dah semua kahwin mak n abah dah redho untuk pergi ke asal sebab anak-anak semua dah ada orang jaga.kalau boleh mak tak nak menyusahkan anak-anak. mak faham kalau dah jadi orang tua ni banyak kerenah. kalau budak kecil walau macam mana kerenah pun ibubapa sabar tapi orangtua bila banyak kerenah anak-anak benci. sebab itu mak selalu doa supaya mak dan abah tidak menyusahkan anak-anak dan kami dapat pergi dalam keadaan yang masih sihat supaya anak-anak tak susah dan serbasalah.ok lah faiz mak beredar dulu. mak sangat sayangkan faiz. tiap saat mak bayangkan keadaan faiz bagaimana.mak tak sanggup tengok faiz susah. faiz bagi duit banyak-banyak pun mak rasa kesihan takut faiz berikat perut kerana nak simpan duit. apahal pun mak sentiasa doakan yang terbaik untuk faiz. wasalam.

No comments: